Tuesday 31 July 2012

R A M A D A N ♥

Assalamualaikum..Satu tahun kita menunggu bulan penuh barokah ini dan semoga setiap yang kita lakukan dibulan Ramadhan ini diterima amalnya dan semoga dilipat gandakan pahala amalan hendaknya… Amin..


Bukalah pintu hati pabila Ramadan datang mengunjung . Membuka seluas-luasnya untuk menyambut bulan yang dilimpahi rahmat ini . Hargai setiap saat dengan beribadah . Sesungguhnya , pahala digandakan pabila kita beribadah dibulan mulia ini . Makin digandakan jika kita ikhlas menunaikannya . InsyaAllah , pintu syurga terbuka memanggil kita . SubhanaAllah :') .

Alhamdulillah , dah 11 hari kita berjaya menjalankan ibadah puasa . Menahan nafsu . Beribadah . Mengabdikan diri kepada Yang S A T U .  
Perasan x , bulan puasa ni kita jadi lebih penyabar dan tenang dari sebelum ni . Alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya . 

___________________________________________

seriosly , bulan puasa ni banyak jugak dugaannya . haha , BTW , aku dah x suka You Lun . sebab . . . . . Entah . *berfikir* siapa crush aku sekarang . . . . .? tidak penting . tidak penting . tidak penting . argh !

dah .  B A B A I . malas mahu type sudah . 


Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Monday 9 July 2012

C R U S H


Aku terpaksa ego dalam mempertahankan sesuatu . Aku terpakse pendam , x nak siapa tahu . Cinta itu rumit lagi sulit . Kau tidak perlu berlari untuk mengejarnya . Kau hanya berjalan , die datang mengejar kau . Mencintai itu biasa . Disayangi itu indah . Dilupakan itu penyeksaan . 



Cinta itu amat indah jika kau mengerti . Pergaduhan . Kemesraan . Gelak tawa . Tangisan . Itulah perisa yang menyedapkan lagi kehidupan . Jika tidak ade kegelapan , engkau tidak akan cari keterangan .  

Tapi , percayalah . . . jika engkau betul menyayangi dan mencintai seseorang itu , engkau akan mengangguk setiap ape yang die mahu . Setiap apa yang boleh buat die bahagia .



Maaf , intro jiwang karat . *muntah hijau*

Kembali kepada tajuk . Crush ? apa itu crush ? . Mahu saya terangkan ? Ok . haha .

Engkau menyukai seseorang dalam diam . Dia tidak tahu . You have got  C R U S H with someone 

 saya tahu , setiap yang bergelar manusia mempunyai crush . Menyukai seseorang .
dan yang amat menyeksakan ialah bila crush ade someone else .








Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Monday 25 June 2012

Isnin

Maaf , aku dilahirkan bukan untuk disakiti atau menyakiti . Tetapi aku dilahirkan untuk melengkapi hidup kau , sayang .

 agak-agak ayat ni boleh wat ngorat Yao Lun x ? ok , gurau je k . 

Hari ini hari isnin , hari ini ade perhimpunan , hari ini kene perform choral speaking , hari ini rasa cuak sangat , hari ini nerves sangat . 

Duh duh duh , banyak bona hari nye . Haha , hari ni kene perform choral speaking . Ya Allah , cuak gila . Sampai sekarang x habis lagi . Tapi alhamdulillah Haryk x jatuh tangga tadi cuma banyak yang tertinggal , miming mulut je .Mata berpina je pandang dorang , ramai siak . Tidak tahu nak pandang siapa .
Sebelum naik pentas , Wong suruh jerit kuat2 "2 AMANAH ! " . Kuat duh ! . Haha , Haryk masuk first , buat muka kerek je . Lepas tunduk , jantung Haryk macam nak gugur . Dengan nampak muka Razarul macam tahi tu buat Haryk nak bunuh je dia . K benci die . Haryk nampak Shiera haha . Comel die . Najwa cakap , Fazrie gelakkan kitorang , ek eleh ! Haha .

Mahu letak gambar ah !

tempel gambar crush gua dulu , yang hujung belah kanan . Tahu die comel . Gila kuasa doh !

Hodoh gila aku , tudung serabut . argh ! yang penting dorang sho sho shomel .

Tengok , Sunil buat gaya macam haprak . Focus kat muka Hazim Hamzah pengarang jantung Hajar ni , muka cuak+nerves . haha !

fira . zaty . farah . aida . lailee . sho sho sho shomel sayang .
alahai , suweet nye muka Mark .
Gua paling suka gambar ni . Hahaha . Tengok betapa BAHAGIA nya Johan . LOL . hahahah .
 

Dah , malas nak cerita pasal choral speaking , menyampah nyah ! haha .

BTW , tadi Najiha mesej tanya link untuk check result . Haryk syak yang result dah masuk , so pegi check .
Alhamdulillah , menaik . Gua bodoh , x de A . tapi alhamdulillah , xde yang gagal .


teruk jugak doh , tengok PJK , haha . beri beri lah ape lah , ape tah !

ok , dah malas nak type . Assalamualaikum.

Ready untuk Dikir Barat



Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Saturday 16 June 2012

Sahabat

 Sahabat ,

Sahabat , kerana kau aku kenal erti kehidupan . Kerana kau aku lebih hargai kehidupan . Kerana kau aku teguh menghadapai dugaan . Walaupun , bukan semua kawan itu baik , memahami , menjaga perasaan aku . Tapi aku bersyukur sebab Allah pinjamkan kau untuk aku . Aku jenis yang susah bila xde kawan . Peranan keluarga dan kawan , jauh bezenya . Masing2 memberi manfaat . Aku cuba menjadi kawan yang baik , walaupun kadang-kadang aku agak terasa hati dengan kau . Itu biasa , kita manusia . . . kita buat salah tanpa kita sedari . Maaf kalau aku ade buat kau kecik hati . 

Sebagai seorang kawan , aku cuba tutup aib kau . Sebab aku sayang kau . Aku harap kau juga begitu . Bila aku tego kau , itu bermakna  aku x nak kau kecundang dalam lembah kegelapan . Aku cuba jadi yang terbaik untuk kau . Aku nak menjadi pendengar setia kepada masalah kau walaupun masalah aku , aku pendam sorang-sorang . Senyuman yang mekar dari bibir kau , sudah cukup buat hatiku menyanyi riang . Aku tahu kadang-kadang aku menjengkelkan , maafkan aku . 

Bila aku mula hilang kawan yang aku sayang , aku cari orang lain sebagai pengganti . Dorang lengkapi hidup aku yang kosong sejak pemergian sahabat lalu . Masing-masing berbeza , sayang aku pada korang juga berbeza . Aku cuba nak jaga hati masing-masing bila ade kerumitan dalam persahabat ini . 

Aku tahu , aku bukan orang yang akan kau cari bila gembira . Tapi sudah mencukupi , bila kau masih ingat aku walau ketika kau sedih . Kau masih ingat aku . Aku dah cukup terharu . Bila kau bercerita , aku cuba berikan sepenuh perhatian , walaupun bila aku nak share cerita . . . korang endah x endah je dengar  . 
Terima kasih , pernah buat aku gembira . 

Aku bukan kawan yang kau nak banggakan . Aku bukan budak hot yang buat kau rasa glamor . Aku bukan budak kaya yang boleh teman kau shopping atau belanja kau makan . Aku bukan kawan kau yang cantik yang kau bangga dapat snap gambar dengan aku then post kat facebook berserta caption . Cukuplah sekadar kau nyatakan "dia kawan aku .." .

Sebagai penutup cerita ini , aku ingin nyatakan .

Terima kasih , bagi peluang untuk aku mengenali dan menghargai kau . Terima kasih sudi menjadi kawan aku . Terima kasih kau . . . 

Tidak mengapalah , semoga bahagia . Maafkan aku .

Assalamualaikum ,


Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Wednesday 13 June 2012

Couple

"Bende yang haram , ia akan tetap haram walau dengan apa cara sekalipun . . . ia tetap haram "

Pertama , maaf Haryk 'bajet alim' atau apa2 . Hanya mahu berkongsi pendapat Haryk tentang 'couple' ini sendiri . Maaf jika terlanjur kata . Minta maaf ye ?

'Couple' , trend sekarang ? mahu trending , jadi kene ber'couple'? begitu ? ingin bersuka-ria ? saje , suka - suka ? nak try ? nak rasa macam mane bercinta ?
 
Semua alasan yang tidak munasabah sekali . maaf saya katakan .

Pernah anda dengar bercinta selepas kahwin ? 

Tahukah anda , kisah ini jauh lebih indah dan romantis berbanding dengan kisah 'couple' yang hari2 nya hanya di penuhi dengan 'maksiat' . Dipenuhi dengan 'keghairahan' . Penuh dengan nafsu . Tanpa dijaga batas-batas pergaulan . Tanpa dihiraukan Allah memandang kita dari atas . Tanpa ada rasa malu . Tanpa ada rasa mahu dihormati .

Inikah cinta abadi ? Inikah cinta yang akan Allah rahmati ? Inikah cinta yang akan Allah pelihara hingga ke hembusan nafas terakhir ? Inikah dia ?
 
Tidak , tidak sama sekali . 

Dalam dunia yang makin ditenggelami kejahilan manusia yang berlaku pada zaman masihi dahulu kala . Kini berulang kembali . Maksiat tidak kira tempat . Tempat suci juga dicemari . Kadang-kadang Haryk jugak takut kalau-kalau Haryk juga tenggelam bersama mereka . Takut akan azab diakhirat . Takut . Takut .

Kisah cinta yang hanya dilepaskan dengan kata-kata , dengan perbuatan .

Jika die bercinta , ia haram tapi kalau die ingin menjadikan hubungan itu halal . . . ia menjadi halal . . . .

bukan bercinta yang hanya diakhiri dengan tangisan . . . tanpa kesudahan . . . putus . sambung . putus .sambung . Permainan apekah yang syaitan telah anjurkan pada manusia ini ? mengapa ramai sekali manusia yang menyertainya ?

Tahukah anda , syaitan bersorak-sorakkan melihat semua ini . Dia gembira dengan dosa yang kita perlakukan .

jangan buang kredit untuk sentiasa OTP dengan si die . Jangan habiskan tenaga , berjaga malam2 buta hanya untuk mengucapkan 'selamat malam' pada dia . 
sedangkan kita boleh guna duit itu untuk bersedekah dan tenaga itu untuk beribadat sebagai bekalan kita diakhirat nanti . 

Ingat , Allah telah menyediakan kita jodoh masing-masing . Bila tiba masanya nanti , kita pasti dipertemukan . . . bersabar dan terus berdoa . 

Jika mahu pasangan yang baik , ubahlah diri kita terlebih dahulu . Menjadi yang lebih baik . . . Ingat janji Allah , "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik . . . . " juga sebaliknya . Renungkan .

Maaf jika ade yang salah , sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah , dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri . Maaf ... Mohon undur diri dahulu , 

Assalamualaikum ,

Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Monday 11 June 2012

Hari Pertama Sekolah

Hallo . Hallo . Hallo . Hallo . Hallo .
banyak pulak hallo nye . 

Hari ini hari ape adik - adik ?
Pandai pon ! ! ! hahaha . . .>,<

dan hari ni jugak first day skolah . ha ? first day skolah ? k , maaf . first day skolah selepas cuti 2 minggu . X puas . K , x puas . TIDAK PUASS !

k , setop mengarut . 

Mula dari awal k ? . . . Time perhimpunan , kitorang semangat nyanyi lagu negaraku ape bagai . Dan secara tiba-tiba , budak India terjerit-jerit . Kitorang pon buat muka terkejot tahap gaban O_o . Rupenye ade lipan . LIPAN woi ~ . Berkejar-kejar die dengan lipan tu . Lawak . hahaha . Lipan tu dah la besar , kaki die warne oren . cantek dan mengerikan! Shida dan Najiha juga turut takot .


Macam ni la rupanya . Seram x ? kan kan kan .

Then ade perasmian ape tah , bla bla bla .
DAN ! pengetua cakap die nak raikan befday murid pada hari ni . Pengetua suapkan kek wooo ! untung . untung sangat ! jeles kitew . he hew ~

Lepas perhimpunan , kitorang masuk makmal . Berdebar-debar ! dapat result doh ! alhamdulillah , menaik . dan macam biasa , BUAT PEMBETULAN . 

Time rehat , aku rehat dengan Fatihah Najwa a.k.a Wok . Farah Najwa x datang , SAKIT katanya . kesian die . kesian . kesian . Naik kelas sambil nyanyi , dan hampir jatoh tangga . secara tidak langsong , Noor dan Siti gelakkan saya . kesian nye saya . haha . 

sambung nyanyi , rupenye ade cekgu hensem dalam kelas . muka dah merah dah ! haha , die keluar . . . teroskan menyanyi . Then ajak Natasya *alfira pegi hantar folio geo . 

*skip*

Dan time PJ , masih tiada ape yang menarik . lepas solat asar , teros pegi tapak perhimpunan. Malas nak tukar baju PJ . pakai baju sekolah je , sebab saya tahu . bukan main pon !

tengah bosan , teros lari kat NAJIHA . minx jadual baru . k , jadual baru !

Kawan - kawan , esok

BI | SV | SJ | SN | GEO | AG

haha , share info je , saya tahu budak perempuan melayu ade yang belom dapat jadual . kan kan kan ?

K . lepas tu Haryk amik bola , duduk sebelah cekgu . Bam bola berlagak macam pro ,. . . la la la . dan sembang2 ngan cekgu .

pastu main pas2 bola ngan Wok . K lawak . Wok baling bola kene bontot budak peralihan . Ha ha ha !

Then , balik ! Haryk kene hantar bola . Izzati , bukan nak tolong . ke ke ke . tapi trima kasih . Izzati , Diyana ... sebab tunggu aku tadi . Ha ha ha . 

Dalam sejarah kelas amanah , ade orang couple satu kelas . haha . tahniah ! best bahan dorang . k, maaf . haha

Itu sahaja , terima kasih sudi baca . Menanti hari esok , hari yang misteri . Jeng ... jeng ... jeng .

jangan rindu aku sangat , aku tahu korang rindu aku sejak beberapa jam lepas balik tadi kan . kbai . HAHA







Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Saturday 9 June 2012

Kisah Asiah (isteri firaun)

ASSALAMUALAIKUM

kenalkah anda dengan Siti Asiah? beliau adalah isteri kepada pemerintah kejam yang mengaku dirinya tuhan iaitu firaun.




Siti Asiah merupakan seorang wanita yang menjadi sebutan pemuda pada zamannya disebabkan oleh kejelitaan dan ketinggian sasiah yang dimilikinya. cerita tentang beliau sampai kepada firaun iaitu raja yang memerintah pada zaman terbabit. pinangan yang dihantar oleh firaun ditolak oleh Siti Asiah, ini menyebabkan ibu bapa Siti Asiah ditangkap dan disiksa oleh firaun. sebagai seorang anak yang taat, Siti Asiah akhirnya menerima lamaran firaun dengan beberapa syarat.

syarat-syarat yang diberikan oleh Siti Asiah:

1. firaun harus membebaskan kedua ibubapanya.

2. Harus menyediakan rumah yang indah lengkap dengan segala perkakas

3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.

4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri firaun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama firaun.

walaupun enggan tidur bersama suaminya (Siti Asiah sering berdoa supaya dirinya tidak disentuh oleh firaun) Siti Asiah tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan sempurna sehinggakan firaun amat kasihkan beliau. firaun sangat cinta akan Siti Asiah sehingga disediakan buat Asiah sebuah istana.

walaupun Asiah diberikan pelbagai kemewahan, beliau tetap taat kepada Allah SWT. beliau enggan membenarkan kata-kata suaminya yang mengaku diri sebagai tuhan.

ketika keimanan Siti Asiah terbongkar, firaun menjadi sangat murka kepadanya. ada kisah yang menyebut bahawa beliau ditangkap, dipenjara dan diseksa.

sepanjang diseksa oleh firaun, Siti Asiah tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah swt.

Sementara Firaun memerintahkan untuk memperhebat siksaan itu. Tak sepatah katapun keluar dari mulut Asiah selain munajat kepada Allah swt yang diabadikan dalam al-Quran:

"Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim". (QS. 66:11).

Setelah itu Asiah pun pergi menuju Tuhannya sebagai wanita syahidah.

Ayat al-Quran ini dikuatkan lagi dengan sepotong hadis iaitu
“Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. telah berkata: 
“Firaun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiah) dalam keadaan terikat. Maka ketika mereka (Firaun dan pengikutnya) meninggalkan Asiah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb, bangunkan sebuah rumah baginya di sisimu dalam syurga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di syurga sebelum meninggal"

sejarah menyebut yang Siti Asiah meninggal dunia dengan wajah yang tersenyum walaupun beliau mati diseksa.

note : Siti Asiah juga merupakan ibu angkat kepada Nabi Musa AS yang akhirnya menjatuhkan bapa angkatnya iaitu firaun.

wallahualam~

credits --> Nurulsalwa

Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Kisah Srikandi islam

ASSALAMUALAIKUM 

Baca , hayati . Ambil pengajaran dalam kisah - kisah srikandi Islam ini .
 . Kalau boleh share , itu lebih baik . Sharing is Caring ♥



Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Wajah Yang Bercahaya


Bagaimanakah ciri-ciri orang yang bakal masuk Surga atau masuk Neraka? Salah satunya digambarkan Allah lewat idiom cahaya. Orang-orang yang beriman dan banyak amal salehnya, kata Allah, akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sebaliknya, orang-orang yang kafir dan banyak dosanya akan 'memancarkan' kegelapan. Hal itu dikemukakan olehNya di ayat-ayat berikut ini:

QS Al Hadiid (57) : 12
"Pada hari dimana kalian melihat orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanannya."

QS. Yunus (10) : 27
“… seakan-akan wajah mereka ditutupi oleh kepingan-kepingan malam yang gelap gulita, mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Kenapakah orang-orang yang beriman dan banyak pahalanya memancarkan cahaya, sedangkan yang banyak dosa 'memancarkan' kegelapan alias kehilangan cahaya?

Ini memang rahasia yang sangat menarik. Allah sangat sering menggunakan istilah cahaya di dalam Al Qur’an. Dia mengatakan bahwa Allah adalah cahaya langit dan Bumi (QS. 24:35). Firman firmanNya juga berupa cahaya (Qur’an QS. 4:174; Taurat QS. 5:44; Injil QS. 5:46). Malaikat sebagai hamba-hamba utusanNya juga terbuat dari badan cahaya. Dan pahala adalah juga cahaya (QS. 57:19). Karena itu orang-orang yang banyak pahalanya memancarkan cahaya di wajahnya (QS. 57:12).

Kunci pemahamannya adalah di Al Qur’an Surat An Nuur: 35. Di ayat itu Allah membuat perumpamaan bahwa DzaNya bagaikan sebuah pelita besar yang menerangi alam semesta. Pelita itu berada di dalam sebuah lubang yang tidak tembus. Tetap di salah satu bagian yang terbuka, ditutupi oleh tabir kaca

Dari tabir kaca itulah memancar cahaya ke seluruh penjuru dunia, bagaikan sebuah mutiara. Pelita itu dinyalakan dengan menggunakan minyak Zaitun yang banyak berkahnya, yang sinarnya memancar dengan sendirinya tanpa disentuh api. Cahaya yang dipancarkan pelita itu berlapis-lapis, mulai dari yang paling rendah frekuensinya sampai yang tertinggi menuju cahaya Allah.

Ayat tersebut memberikan perumpamaan yang sangat misterius tetapi sangat menarik. Dia mengatakan bahwa hubungan antara Allah dengan makhlukNya adalah seperti hubungan antara Pelita (sumber cahaya) dengan cahayanya. Artinya makhluk Allah ini sebenarnya semu saja. Yang sesungguhnya ADA adalah DIA. Kita hanya 'pancaran atau pantulan' saja dari eksistensiNya.

Nah, cahaya yang dipancarkan oleh Allah itu berlapis-lapis mulai dari yang paling jelek (Kegelapan) sampai yang paling baik (Cahaya Putih Terang). Allah telah menetapkan dalam seluruh ciptaanNya itu bahwa Kegelapan mewakili Kejahatan dan Keburukan. Sedangkan Cahaya Terang mewakili Kebaikan.

Maka, kalau kita ingin memperoleh kebaikan dan keberuntungan, kita harus memperoleh cahaya terang. Dan sebaliknya kalau kita mempoleh kegelapan berarti kita masuk ke dalam lingkaran kejahatan dan kerugian.

Yang menarik, ternyata 'cahaya' dan 'kegelapan' itu digunakan oleh Allah di dalam firmannya sebagai ungkapan yang sesungguhnya. Misalnya ayat-ayat yang saya kutipkan di atas. Bahwa orang-orang yang beriman, kelak di hari kiamat, benar-benar akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sedangkan orang-orang kafir, justru kehilangan cahaya alias wajahnya gelap gulita.

Dari manakah cahaya di wajah orang beriman itu muncul? Ternyata berasal dari berbagai ibadah yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Setiap ibadah yang diajarkan rasulullah kepada kita selalu mengandung dua unsur, yaitu ingat kepada Allah (dzikrullah) dan membaca firmanNya yang berasal dari KitabNya. Baik ketika kita membaca syahadat, melakukan shalat, mengadakan puasa, berzakat, maupun melaksanakan ibadah haji.

Nah, dari kedua kedua unsur itulah cahaya Allah muncul. Bagaimanakah mekanismenya? Sebagaimana dikatakan di atas, bahwa Allah adalah sumber cahaya langit dan Bumi. Maka ketika kita berdzikir kepada Allah, kita sama saja dengan memproduksi getaran getaran cahaya. Asalkan berdzikirnya khusyuk dan menggetarkan hati. Kuncinya adalah pada 'hati yang bergetar.’

Hati adalah tempat terjadinya getaran yang bersumber dari kehendak jiwa. Ketika seseorang marah, maka hatinya akan berdegup keras. Semakin marah ia, semakin kencang juga getarannya. Demikian pula ketika seseorang sedang sedih, gembira, berduka, tertawa, dan lain sebagainya.

Getaran yang kasar akan dihasilkan jika kita sedang dalam keadaan emosional. Sebaliknya getaran yang lembut akan muncul ketika kita sedang sabar, tenteram dan damai.

Ketika sedang berdzikir, hati kita akan bergetar lembut. Hal ini dikemukan oleh Allah, bahwa orang yang berdzikir hatinya akan tenang dan tenteram.

QS. Ar Ra’d (13) : 28
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”

Ketika seseorang dalam keadaan tenteram, getaran hatinya demikian lembut. Amplitudonya kecil, tetapi frekuensinya sangat tinggi. Semakin tenteram dan damai hati seseorang maka semakin tinggi pula frekuensinya. Dan pada, suatu ketika, pada frekuensi 10 pangkat 13 sampai pangkat 15, akan menghasilkan frekuensi cahaya.

Jadi, ketika kita berdzikir menyebut nama Allah itu, tiba-tiba hati kita bisa bercahaya. Cahaya itu muncul disebabkan terkena resonansi kalimat dzikir yang kita baca. lbaratnya, hati kita adalah sebuah batang besi biasa, ketika kita gesek dengan besi magnet maka ia akan berubah menjadi besi magnetik juga. Semakin sering besi itu kita gesek maka semakin kuat kemagnetan yang muncul daripadanya.

Demikianlah dengan hati kita. Dzikrullah itu menghasilkan getaran-getaran gelombag elektromagnetik dengan frekuensi cahaya yang terus menerus menggesek hati kita. Maka, hati kita pun akan memancarkan cahaya. Kuncinya, sekali lagi, hati harus khusyuk dan tergetar oleh bacaan itu. Bahkan, kalau sampai meneteskan air mata.

Unsur yang kedua adalah ayat-ayat Qur’an. Dengan sangat gamblang Allah mengatakan bahwa Al Qur'an ada cahaya. Bahkan, bukan hanya Al Qur’an, melainkan seluruh kitab-kitab yang pernah diturunkan kepada para rasul itu mengandung cahaya.

QS. An Nisaa' (4) : 174
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur’an).”

QS. Al Maa’idah (5 ) : 44
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya …”

QS Al Maa’idah (5 ) : 46
"Dan Kami telah memberikan kepadanya kitab Injil, sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya . . . "

Artinya, ketika kita membaca kalimat-kalimat Allah itu kita juga sedang mengucapkan getaran-getaran cahaya yang meresonansi hati kita. Asalkan kita membacanya dengan pengertian dan pemahaman. Kuncinya, hati sampai bergetar. Jika tidak mengetarkan hati, maka proses dzikir atau baca Al Qur’an itu tidak memberikan efek apa-apa kepada jiwa kita. Yang demikian itu tidak akan menghasilkan cahaya di hati kita.

Apakah perlunya menghasilkan cahaya di hati kita lewat kegiatan dzikir, shalat dan ibadah-ibadah lainnya itu? Supaya, pancaran cahaya di hati kita mengimbas ke seluruh bio elektron di tubuh kita. Ketika cahaya tersebut mengimbas ke miliaran bio elektron di tubuh kita, maka tiba-tiba badan kita akan memancarkan cahaya tipis yang disebut 'Aura'. Termasuk akan terpancar di wajah kita.

Cahaya itulah yang terlihat di wajah orang-orang beriman pada hari kiamat nanti. Aura yang muncul akibat praktek peribadatan yang panjang selama hidupnya, dalam kekhusyukan yang sangat intens. Maka Allah menyejajarkan atau bahkan menyamakan antara pahala dan cahaya, sebagaimana firman berikut ini.

QS. Al Hadiid (57) : 19
“... bagi mereka pahala dan cahaya mereka…”

Dan ternyata cahaya itu dibutuhkan agar kita tidak tersesat di Akhirat nanti. Orang-orang yang memililki cahaya tersebut dapat berjalan dengan mudah, serta memperoleh petunjuk dan ampunan Allah. Akan tetapi orang-orang yang tidak memiliki cahaya, kebingungan dan berusaha mendapatkan cahaya untuk menerangi jalannya.

QS. Al Hadiid (57) : 28
“…dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu.”

QS. Al Hadiid (57) 13
"Pada hati ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman : "Tunggulah kami, supaya kami bisa mengambil cahayamu."
Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah sendiri cahaya (untukmu). "Lalu diadakanlah di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada siksa."

QS. Ali lmraan (3) : 106 - 107
"Pada hari yang di waktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada Pula yang menjadi hitam muram. 'Ada pun orang-orang yang hitam muram mukanya, (dikatakan kepada mereka) : kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

"Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada di dalam rahmat Allah, mereka kekal di dalamnya.”

Jadi, selain wajah yang memancarkan cahaya, Allah juga memberikan informasi tentang orang-orang kafir yang berwajah hitam muram. Bahkan di QS. 10 : 27 dikatakan Allah, wajah mereka gelap gulita seperti tertutup oleh potongan¬-potongan malam.

Dalam konteks ini memang bisa dimengerti bahwa orang -orang kafir yang tidak pernah beribadah kepada Allah itu wajahnya tidak memancarkan aura. Sebab hatinya memang tidak pernah bergetar lembut. Yang ada ialah getaran-getaran kasar.

Semakin kasar getaran hati seseorang, maka semakin rendah pula frekuensi yang dihasilkan. Dan semakin rendah frekuensi itu, maka ia tidak bisa menghasilkan cahaya.

Bahkan kata Allah, di dalam berbagai firmanNya, hati yang semakin jelek adalah hati yang semakin keras, tidak bisa bergetar. Seperti yang pernah saya singgung sebelumnya, tingkatan hati yang jelek itu ada 5, yaitu : 1. Hati yang berpenyakit (suka bohong, menipu, marah, dendam, iri, dengki disb), 2. Hati yang mengeras. 3. hati yang membatu. 4. Hati yang tertutup. dan 5. Hati yang dikunci mati oleh Allah.

Maka, semakin kafir seseorang, ia akan semakin keras hatinya. Dan akhirnya tidak bisa bergetar lagi, dikunci mati oleh Allah. Naudzu billahi min dzalik. Hati yang:seperti itulah yang tidak bisa memancarkan aura. Wajah mereka gelap dan muram.

QS. Az Zumaar (39) : 60
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta kepada Allah, mukanya menjadi hitam."

QS. Al An’aam (6) : 39
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gulita…”

Seperti yang telah saya kemukakan di depan, bahwa ternyata kegelapan itu ada kaitannya dengan kemampuan indera seseorang ketika dibangkitkan. Di sini kelihatan bahwa orang-orang kafir itu dibangkitkan dala keaaan tuli, bisu, buta, dan sekaligus berada di dalam kegelapan. Sehingga mereka kebingungan. Dan kalau kita simpulkan semua itu disebabkan oleh hati mereka yang tertutup dari petunjuk-petunjuk Allah swt.

QS. Al Hajj (22) : 8
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang bercahaya."

QS. Al Maa’idah (5 ) : 16
“…dan (dengan kitab itu) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya.”

QS. Al A’raaf (7) : 157
“…dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

QS. An Nuur (24) : 40
“…dan barangsiapa tidak diberi cahaya oleh Allah, tidaklah ia memiliki cahaya sedikit pun.”

QS. At Tahriim (66) : 8
"Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah, dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan para nabi dan orang-orang beriman yang bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Kisah Masyitah

Fir’aun, raja zalim yang memerintah Mesir ribuan tahun lalu, mengaku dirinya Tuhan. Dia meminta setiap rakyatnya mengakui dan menyembahnya. Mereka yang ingkar dibunuh.

Seorang sahabat baiknya yang juga penjaga perbendaharaan negara, Hazaqil, tidak setuju Fir’aun mengakui dirinya Tuhan.

Pada suatu hari, ketika Fir’aun menjatuhkan hukuman mati ke atas 40 orang ahli sihir yang telah beriman kepada Allah, Hazaqil sangat tidak setuju.

Hazaqil menghadap Fir’aun dan membantah hukuman itu.

“Tuanku, patik tidak setuju dengan hukuman mati ke atas 40 ahli sihir itu. Walaupun mereka beriman kepada Allah, mereka sudah berjasa kepada negara kita ini,” Hazaqil mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan oleh Fir’aun.

“Mereka dihukum mati kerana tidak mengakui beta sebagai Tuhan mereka!” tegas Fir’aun dengan nada marah, sambil menambah:

“Kalau kamu mempertahankan nasib ahli-ahli sihir itu, itu bermakna kamu juga seorang daripada mereka yang beriman kepada Allah.”

Fir’aun mula berfikir mengapa Hazaqil mempertahankan nasib 40 ahli sihir yang dihukum mati itu.

“Oleh kerana kamu salah seorang daripada mereka, beta jatuhkan hukuman mati ke atas kamu,” kata Fir’aun tanpa teragak-agak menjatuhkan hukuman mati ke atas sahabat yang juga pegawai kerajaannya itu.

Hazaqil dibawa keluar dari istana. Dia diikat pada sebatang pohon kurma. Dia kemudian dipanah pengawal Fir’aun sehingga mati.

Isteri Hazaqil, iaitu Siti Masyitah, yang bertugas sebagai pendandan puteri Fir’aun, berasa sangat sedih dan kecewa atas pembunuhan suaminya itu.

Dia semakin benci melihat wajah Fir’aun dan keimanannya kepada Allah semakin teguh.

Pada suatu pagi, ketika Siti Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, dia teringatkan suaminya. Tumpuan kepada tugasnya hilang. Tiba-tiba sikat yang digunakan menyikat rambut puteri Fir’aun jatuh ke lantai.

“Allahu Akbar,” kata Siti Masyitah lalu mengambil sikat itu.

“Masitah, kamu akan dihukum kerana berkata begitu. Apakah ada Tuhan lain selain ayahandaku?” tanya puteri Fir’aun.

“Ya. Memang ada Tuhan yang patut disembah, bukan ayahanda tuan puteri,” kata Masyitah dengan tegas dan berani.

Puteri sangat marah, lalu mengadu hal itu kepada bapanya. Darah Fir’aun menyirap mendengar kata-kata anaknya. Dia lalu meminta Masyitah menghadapnya.

“Siapakah Tuhan kamu?” Tanya Fir’an dengan marah.

“Allah, itulah Tuhan saya,” jawab Masyitah dengan tegas.

“Biadab! Kamu akan dihukum sebab menghina beta,” tegas Fir’aun lalu memerintahkan pengawal memasak minyak dalam kuali yang sangat besar untuk dihumbankan Masyitah ke dalamnya.

“Dengar rakyat semua, inilah hukuman kepada orang yang tidak mengaku beta sebagai Tuhan.”

Fir’aun terus memandang Siti Masyitah. Dia berkata: “Beta beri satu peluang terakhir kepada kamu, adakah kamu mengaku beta sebagai Tuhan kamu?”

Siti Masyitah tidak peduli. Baginya, biarpun dia dihukum, keimanannya kepada Allah tidak akan berubah.

Tiba-tiba, anaknya yang masih bayi, dengan izin Allah, berkata:

“Wahai ibu, janganlah terpedaya dengan kata-kata syaitan yang dilaknat Allah. Kematian kita akan mendapat rahmat daripada Allah dan pintu syurga sentiasa terbuka menanti kedatangan kita.”

Siti Masyitah terkejut mendengarkan bayinya boleh berkata-kata. Dia bersyukur kepada Allah lantas dengan hati tabah, menuju ke kuali besar berisi minyak panas itu.

“Allahu Akbar!” teriak Siti Masyitah lalu terjun bersama dua orang anaknya ke dalam kuali itu.

Orang ramai yang hadir dan melihat kejadian itu berasa terkejut dan sedih melihat Siti Masyitah dan dua anaknya menjadi korban Fir’aun demi mempertahankan agama Allah.

Tiba-tiba mereka terhidu bau yang sangat harum keluar daripada kuali besar berisi minyak mendidih yang telah ‘memasak’ Masyitah dan anak-anaknya itu.



Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Kisah Sumayyah






Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

credits --> Nursyirah

Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Kisah Rabiatul Adawiyah


 
 
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]
 
credits --> Nurhidayah

Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Belog saya tukar kulit lagi

Assalamualaikum , 

Hallo , tengok tengok tengok , blog haryk dah bertukar wajah . Yeah , haryk baru nak merangkak-rangkak guna blogskin.com ni haa . masih terkial - kial . susah susah . 2 hari buat pon x siap2 . 
yang sebelum ni pon , Shida yang tolong editkan . memang cantek . terima kasih shida !

haryk tukar skin ni pon bukan x cantek , tapi haryk nak belaja berdikari . *puihh . ahah . bukan bukan , haryk nak try je guna blogskin.com ni . 

jadi x? x eh ? buruk eh ?

skin ni memang cantek , cuma haryk x gheti nak edit . yeah =.=''

wanna CC yang mane Shida editkan ?
cantek sangat  .  jap2 , nak printscreen .

*************************************


cantek kan kan kan .

k , tu je . hahah . nak cau . 
Assalamualaikum . . . take care tau . jage kesihatan ! babai .


Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Monday 4 June 2012

Salam Pagi ^_^

Assalamualaikum , alhamdulillah .
 aku masih di beri peluang untuk melihat keindahan makhluk2 ciptaan Allah . Lepas solat subuh je , ingat kan nak bace novel then tido . tapi x ngantok , jadi turun bawah sarapan then teros on9 dan UPDATE ! 

tadi haryk agak sakit hati , pagi2 je adik dah buat hal . menjerit-jerit macam orang gila . sumpah sakit hati . kesian dekat ibu haryk . die bangon pagi2 sebab nak masakkan sarapan , kejutkan . tapi di balas dengan tengking . adik haryk ade tusyen hari ni . die darjah enam . biasalah =,='' . dah mandi , die merengek suruh ibu haryk jahitkan seluar dia yang terkoyak padahal kawan die dah nak sampai dah . ibu haryk sabar je . . . then , merengek lagi . k , sumpah x tahan . ibu terlalu manjekan die . dengan adik lah ibu paling lembut , padahal die lah yang paling degil . geram ! macam setan ! *tumbuk dinding*

benci .




jarang betul haryk bangon pepagi macam ni time cuti . alhamdulillah , hari ni senang je bangon pagi . time solat subuh tadi pon tenang je . hmm , time termenung sengsorang lepas solat tadi . macam2 yang haryk pikirkan . kehidupan di dunia dan di akhirat . layakkah haryk menjejakkan kaki di syurga Allah ? tapi haryk takut mahu menetap di neraka Allah . haryk bukan lah baik mane ... takut akan dosa2 lama . sejak kebelakangan ni , haryk ade bace sebuah novel





Menanti Fajar Sidik , sebuah novel islamik yang menyentuh hati haryk . haryk suka bace novel cinta berbentuk islamik untuk mengelakkan dari tenggelam dengan 'keindahan maksiat' . paham maksud haryk ?
setiap kali haryk bace novel macam ni , haryk akan berubah seketika . tapi x lama . dah habis baca je ,... tiba2 haryk seolah2 hilang ingtan . x ingat  apa2 . haryk x kuat :'( . kenapa ?!

"Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah" cita2 baru ! ohhseem , insyAllah tercapai >,<

mampukah aku ?
kuat kah aku ?

soalan yang selalu bermain-main dengan perasaan . soalan yang sering kali timbul dalam kesunyian . 

"layakkah aku mendapat suami seperti ustaz don ? imam muda asyraf ? dengan diri aku yang seperti ini ? . macam mana masa hadapan aku ? anak2 aku ? . . .. "

"layakkah aku nak menegur sesame Islam ? sedangkan aku terkontang kanting di dalam arus kehidupan . . . ."

"solat aku pon jarang2 penuh 5 kali sehari semalam , amal ibadat ape je yang akan aku bawa sebagai bekal di akhirat ? . . . aku masih mencari diri aku ... "

" adakah dah besar nanti aku akan berjaya ? adakah aku anak yang solehah bila aku telah berjaya ? beriman kah lagi aku ketika itu ? ... "

"aku terlalu lemah dan cuba untuk 'bajet' kuat . aku seolah-olah menipu diri sendiri . aku cuba membetulkan salah orang , salah aku .... x pernah pulak aku nak betulkan ! hina nya aku ! .... "

penat aku memikirkan sesuatu yang tidak mungkin aku tahu . yang tidak mungkin ade jawapan . hanya Allah yang tahu . Allah maha mengetahui . Allah juga tahu ape yang terbaik untuk hamba-Nya . tugas kita adalah beribadat kepada-Nya dan berusaha .

aku teringin nak berniqab .



berniqab

andai aku sekuat die . :'( 

insyaAllah aku aku boleh . insyaAllah ... hmmm :'(

jika suatu hari nanti , aku tiada di dunia ini . . . maafkan aku . aku hanya manusia biasa . halalkan makan minum aku . doakan aku :)) . kalau rajin , sedekah kan aku al-fatihah . ok ? hehe . semoga aku cekal menghadapi balasan dosa2 aku . semoga aku kuat . *nangis* . . . . 

Assalamualaikum ...>,<

Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Friday 1 June 2012

Nazsyraf

assalamualaikum, selamat malam . nak  tahu pukol berape sekrang ?
3:17 a.m. LOL

lepas layan super spontan , alice in wonderland , versusMy and BOLA !

ohhhseemm , banyak pulak movie malam ni . pkol 12 on9 untill die . k . aku tipu , kalau mati xde nye sempat update ni ha . untill 2 lebih a.m. . like that . then bace novel sampai pkol 3 : 15 . then , tetiber TER-bace mesej lame aku dan die . LOL . dah mula nak miss ape bagai . nak update about him today ! esok gua nak cau balik johor . 2 hari je pon . sumpah x fill ...

semalam aku hang ngan member pegi pavi , mid dan mines . ohhhseeem . layan coolblog , shooping like crazy . movie ! bowling ! karok ! dan mekdi . k, gua enjoy gile . jumpe HAFIZ RAHIM n the geng kat pavi . yeah . itu penunggu gua *pavi* . 

dan TAHNIAH ! anda berjaya DITIPU oleh haryk . ! aku x pegi mane2 pon semalam . cancel . cancel . cancel . then i got cancer . LOL. 
eyka x boleh nak follow , habis ! nak gerak sorang2 , memang gua x brani . haryk tidak suka SORANG2 . 



see ! bertape sedih nye aku , k bukan sebab x jadi hang out . tapi , miss ... someone .

yeah , die telah dinobatkan sebagai MY CRUSH ! shit 

 dah lame x sembang sakan dengan die . gurau manje dengan die . dengar die ceramah . TAHFIZ oke . haha . rindu nak dengar suare merdu die bile die bace AL-FATIHAH and nyanyi untk gua . rindu nak habiskan kedit untuk die . bile die dah mule nyanyi , aku rase resah gelisah sebab ,.. risau kedit abis , gua yang kne call die . LOL . miss that . tiap malam die hafal surah . tiap malam seludup dapur asrama , masak . makan malam2 buta . call gua . tu rutin harian die . gua banyak berubh sebb kau . tipu lah kalau aku x SAYANG kau kan .


dan aku benci bile rase rindu ni hinggap kat otak aku . cube untuk melupakan seseorang yang macam kau . ianya susah . lagi susah dari study final exam k. sebab gua dah sayang lu . kau tahu , dulu .. aku selalu berdoa .. berharap kau jadi yang halal untuk aku . nak kate kau hensem.. comel je la . tapi . . . ciri2 lelaki idaman aku ade kat kau . dan kite ade keyword kite sendiri bile call . see, how that sweet . . . . nak kate macam kau sorang lelaki yang aku kenal dan rapat ,... tipulakan . tapi kau istimewa . 


yeah , tapi kite belom halal lagi . haha . aku harap kau ingat aku . wish befday aku . atau just sent me a smiley dah can make me fly babeh . kisah adam dan hawa . kisah nabi Yusuf dan zulaikha . itu dah cukup buat aku ingin mendapat suami macam kau .  LOL again . engkau tidak sempurna . begitu juga aku . tapi tidak sempurna kita berbeza ... kita saling melengkapi . sejak kite lose contact , gua x senang duduk .ak nak call tapi malu ! malu ! tapi rindu ! gua ego ! kau la yg paling rilek layan kerenah aku . "awak baik , tapi awak kasar . ego ... tapi saya x kesah.. sebab I LIKE U .." haha . like your style bro . aku selalu ajok kau bile kau speaking terengganu . . . haha . gurau manje tu bro . paham kan la style gua .. =,='' . kau pon gelak je .. aku rindu . rindu . rindu . 

BTW , if u just remember me , just send me a message . walaupon hanye "salam.." dah boleh buat aku senyum sampai ke telinga ." CRUSH gua mesej " itu yang akan aku tweet ... haha >,< .

awak , selamat malam k . sebelom tido jangan lupe basoh kaki . bace doa . assalamualaikum . 'LIKE YOU TOO "....<-- aku nk sangat balas mesej . "like you ..." yang kau bagi tu ... tapi x sempat . sokay . aku balas kat sini . sayang awak . can't cinta awak . pray for your happinesssssss . BABAI AWAK ! take care ...





Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Wednesday 30 May 2012

Terima Kasih ♡

Assalamualaikum ,

see ! blog gua dah nampak ade kemajuan . yeah . dan haryk x nak bajet macam haryk yang edit . haha . yeah .

 memang bukan haryk yang edit pon . seriosly , haryk x pandai guna blogskin.com . *hentak kepala kat 

dinding* .  nak tau sape yang edit ? yeah ! ...



terima kasih shida . 

k.gua lupa nak printscreen blog yang lame . haha . sokay ah ! just se my new blog ! ohhhhsemmm .

terima kasih . terima kasih . terima kasih .

 






Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)

Thursday 10 May 2012

Amanah

Hallow ,
ya ya ya , bape tahun dah x update . dah nak mati blog ni x bagi makan >,< .
hahaha * gelak jahat * .
atas , desakan peminat2 blog nih . *woi , x malu . phuiih ! follower pon x sampai 10 . gilo * .
maaf , ade masalah teknikal . ngee ~

setelah sekian lama kau menghilang , disaat aku memerlukan . argh ! aku rindu kau sayang . tiap malam termimpi2 . tidak kasian kah kau padaku ? pulanglah suamiku ! isteri dan anakmu menunggu kepulangangmu . 

Eh , haryk mereng , ape kau mengarut ha gilo !
gagaga , maaf tekanan prasaan tidak mampu ku control . *muke x bersala*

yeah , lihat sama itu TITLE . Amanah , fuyoo . apekah ?

na na na , itu hanya name kelas yang ade di SEMUHSIN . GEMILANG !
  
tittew kelas amanah , tapi otak slow . hehew .
x penting ! 
pandai ke , x ke . kitorang satu kelas . satu hati . brani mati !
walawe , haha . xde kaitan ngan mati lah do !


tengok ! hodohnye gua ! gaga , form 1 . miss that time ekceli , time gile2 . time kuang ajak . time batak ponteng . 
now , tittew dah baek ote . :p
yeah , dorang lah tempat aku nak gile2 . sayang2 . pelok2 . wah wah , macam2 >,<
tahun lepas , aku x brape sgt ngan dorang ni . x minat nak bercampur ngan budak2 pandai2 ni . 
haha , tapi tahun ni . rapat pulok =,=''' . mule saling menyayang . yeah . sayang dorang .
gila kau , x sayang . kuang2 . 

tapi , ade 2 orang x de dalam tu . 
AMIRIN DAN FARAH NAJWA .
amirin , ponteng lettuw . farah najwa , kne tahan x bilik disiplin . agaga , tidok le , die x de lagi mase ni . die maseh ni SAMSMEL . yeah . haha >,<

nak letak gambar farah najwa lah *wat muke gedik*


ni leh die . comel rite , kat skolah ni , ramai peminat woi ! tapi die setia pada AYAHANDA saja ~

kuang2 , tu gmbr aku yang edit *muke kerek tahap gaban!* . haha .



izzati , die nie member dari skolah rendah . ekceli , sayang die woo . gile2 skit . sometime , satu kepale ngan die . die comel gile nak mati . dan kadang shok sendiwi ~ haha  >,< . rindu nak ponteng pi tandas ngan die .



yang tang kiri bukan kanan . 
farah najiha , best bebel2 ngan die . tapi tang gadoh lagi best . macam vavi pon ade . suke tarik tudung aku . taik ! macam mane pon die , die tetap OHHSEMM .



shahidah , atau CIK SHIDA . haha 
die pandai math dan semua subjek . pelahap gula2 . ohsemm . gile . comel . pemes !
best share rahsia ngan die , walaupon rahsie ape je yg aku cite kat die =,=''



farah diyana , yeah . die cantik woo . haha . gilo jugak die ni . suke jerit . mengrut . die pandai ! dapat anugrah ! haha ~ best bebel2 ngan die . ~ 





aida dan lailee . tahun lepas aku x rapat langsong ngan dorang . haha . 
sekrang dorang ohhsemm . kitorang suke sakat aida . haha . die comel . lailee , kuat bebel macam zati . best aritu ponteng depan kelas ngan lailee . haha >,<

_______________________________________________________________


die xde kaitan ngan title entri ini , aku kesah ape !
eyka , aku rindu ang . datang kusen cepat . x rindu kat aku ke haa , gile . x rindu kat doremon ke haa ! sayang kau . balik sini !








Time Kasih Sudi Bacer, Jangan Luper Tinggalkan Comment :)