Sahabat ,
Sahabat , kerana kau aku kenal erti kehidupan . Kerana kau aku lebih hargai kehidupan . Kerana kau aku teguh menghadapai dugaan . Walaupun , bukan semua kawan itu baik , memahami , menjaga perasaan aku . Tapi aku bersyukur sebab Allah pinjamkan kau untuk aku . Aku jenis yang susah bila xde kawan . Peranan keluarga dan kawan , jauh bezenya . Masing2 memberi manfaat . Aku cuba menjadi kawan yang baik , walaupun kadang-kadang aku agak terasa hati dengan kau . Itu biasa , kita manusia . . . kita buat salah tanpa kita sedari . Maaf kalau aku ade buat kau kecik hati .
Sebagai seorang kawan , aku cuba tutup aib kau . Sebab aku sayang kau . Aku harap kau juga begitu . Bila aku tego kau , itu bermakna aku x nak kau kecundang dalam lembah kegelapan . Aku cuba jadi yang terbaik untuk kau . Aku nak menjadi pendengar setia kepada masalah kau walaupun masalah aku , aku pendam sorang-sorang . Senyuman yang mekar dari bibir kau , sudah cukup buat hatiku menyanyi riang . Aku tahu kadang-kadang aku menjengkelkan , maafkan aku .
Bila aku mula hilang kawan yang aku sayang , aku cari orang lain sebagai pengganti . Dorang lengkapi hidup aku yang kosong sejak pemergian sahabat lalu . Masing-masing berbeza , sayang aku pada korang juga berbeza . Aku cuba nak jaga hati masing-masing bila ade kerumitan dalam persahabat ini .
Aku tahu , aku bukan orang yang akan kau cari bila gembira . Tapi sudah mencukupi , bila kau masih ingat aku walau ketika kau sedih . Kau masih ingat aku . Aku dah cukup terharu . Bila kau bercerita , aku cuba berikan sepenuh perhatian , walaupun bila aku nak share cerita . . . korang endah x endah je dengar .
Terima kasih , pernah buat aku gembira .
Aku bukan kawan yang kau nak banggakan . Aku bukan budak hot yang buat kau rasa glamor . Aku bukan budak kaya yang boleh teman kau shopping atau belanja kau makan . Aku bukan kawan kau yang cantik yang kau bangga dapat snap gambar dengan aku then post kat facebook berserta caption . Cukuplah sekadar kau nyatakan "dia kawan aku .." .
Sebagai penutup cerita ini , aku ingin nyatakan .
Terima kasih , bagi peluang untuk aku mengenali dan menghargai kau . Terima kasih sudi menjadi kawan aku . Terima kasih kau . . .
Tidak mengapalah , semoga bahagia . Maafkan aku .
Assalamualaikum ,
No comments:
Post a Comment